Borang-borang PPM

Borang PPM-9A boleh digunakan untuk permohonan tauliah sebagai Pemimpin Pengakap ataupun Penolong Pemimpin Pengakap di mana-mana unit yang berkaitan. Tauliah Pemimpin adalah sangat mustahak sebagai waran untuk menjalankan kerja-kerja Pengakap secara rasmi.

  PPM-9A (Tauliah Pemimpin)


Borang PPM-8 boleh digunakan untuk Kumpulan Pengakap yang baharu berdaftar untuk mendapatkan Sijil Pendaftaran Kumpulan (bersama Nombor Kumpulan serta Nombor Pendaftaran Kumpulan (M-XXXXX)). Selain itu, borang ini juga boleh digunakan untuk memohon salinan Sijil Pendaftaran Kumpulan yang baharu jika hilang.

  PPM-8 (Daftar Kump. Baharu)

Borang-borang serta langkah-langkah bagi memperbaharui pendaftaran tahunan kumpulan boleh didapati di Seksyen Pendaftaran.


Borang-borang Manikayu

Rekod Latihan Sambil Berkhidmat bagi Latihan Kepimpinan Manikayu Peringkat II boleh digunakan untuk mendapatkan penilaian untuk langkah seterusnya ke Peringkat III.

  Penilaian Peringkat II


Borang Penilaian Manikayu bagi Latihan Kepimpinan Manikayu Peringkat IV boleh digunakan untuk mendapatkan penilaian untuk langkah seterusnya untuk mendapatkan Manikayu.

  Penilaian Peringkat IV


Dokumen-dokumen Lain

Semenjak 22hb Disember 2017, bayaran yuran pendaftaran keahlian telah dinaikkan ke RM7.00 untuk Pengakap Kanak-kanak / Pengakap Muda / Pengakap Remaja dan RM10.00 untuk Pengakap Kelana / Pemimpin Pengakap / Pesuruhjaya Pengakap. Surat rasmi boleh didapatkan di bawah:

  Info Yuran Baharu


« Kembali ke halaman utama.

Hubungi Kami

Dapatkan maklumat terkini daripada PPM Daerah Petaling melalui Facebook kami. Anda juga boleh mendapatkan info aktiviti-aktiviti daerah, bertanya soalan melalui Send Message dan melihat gambar-gambar aktiviti kami!

  PPM DAERAH PETALING