Salam Pengakap!

Selamat datang ke laman web Pengakap Daerah Petaling!

Kenali Kami    Maklumat Terkini

Pengakap Daerah Petaling

Kami merupakan ahli-ahli Pengakap daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Petaling yang terletak di Negeri Selangor Darul Ehsan dan terdiri daripada dua zon iaitu Zon Petaling Utama dan Zon Petaling Perdana.

Daerah kami merangkumi lebih daripada 200 Kumpulan Pengakap yang terdiri daripada Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja & Pengakap Kelana.

Kepimpinan daerah diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah kami iaitu Encik Ghasid bin Salleh dengan kerjasama dan bantuan Penolong-penolong Pesuruhjaya yang lain.

Daerah Petaling adalah antara daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan yang berjaya menghasilkan Pengakap Raja yang Terbilang dan Gemilang pada setiap tahun. Kejayaan ini merupakan hasil usaha, kerjasama dan komitmen Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah bersama Pasukan Latihan Daerah.

Pembaharuan Pendaftaran

Setiap Kumpulan Pengakap wajib memperbaharui pendaftaran setiap tahun. Kumpulan yang gagal mendaftar tidak layak memakai pakaian seragam Pengakap serta tidak dibenarkan menyertai / menjalankan aktiviti-aktiviti Pengakap.

Maklumat Penting

Bersertakan salinan bukti bayaran, sila e-mel fail Excel Pendaftaran kepada pengakap_selangor@yahoo.com serta salinan kepada petalingscouts@gmail.com dan ngooj1955@gmail.com dengan subjek e-mel Pendaftaran 2021 - 50 Petaling (gantikan 50 Petaling dengan no. kumpulan anda). Pastikan juga fail Excel anda dinamakan dengan betul (PPM-20XX-No.Kump.-PETALING.xlsx).

Anda boleh membuat bayaran atas talian kepada MAJLIS PENGAKAP NEGERI SELANGOR (Maybank 014020416589). Untuk bayaran cek, sila hubungi dan hantar kepada ADC Pentadbiran Encik Ngoo Kee Min (012-366 8090). Sila buat temu janji terlebih dahulu.

  Pendaftaran Tahun 2021    

  Borang Individu       Borang Kumpulan

Takwim Aktiviti Tahunan

Perhatian khas COVID-19: Perjalanan aktiviti tertakhluk kepada perubahan situasi semasa. Aktiviti-aktiviti Pengakap tahunan daerah untuk tahun 2021 mungkin tertunda atau dibatalkan.

Sila layari laman web Facebook kami di bawah untuk info terkini:

  PPM DAERAH PETALING

  Takwim Tahun 2021

Organisasi Daerah 2020/2021

Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Encik Ghasid Bin Salleh

Telefon: 019-205 5542
E-mel: gsdesalam59@gmail.com

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Encik Ariful Rizal Senin

Pengerusi Latihan Daerah

Encik Khairul Rizal Bin Hashim

Pengerusi Program Daerah

Encik Ngoo Kee Min

Pengurusan & Pentadbiran

Puan Kuzimah Binti Khalid

Hal Ehwal Wanita

Puan Noor Rafidah Binti Abu Hassan @ Omer

Risiko & Logistik

Encik Dason Yeoh Kuan Tiong

Perhubungan & Antarabangsa

Encik Muhammad Syamsuri bin Muhammad Sabri

Unit Pendidikan Khas

Encik Jimmy Teh Chee Giap

Unit Pengakap Kelana & MoP

Encik Lee Shang Shi

Unit Pengakap Remaja & Pengakap Raja

Encik Wong Ryui Bynn

Unit Pengakap Muda

Encik Md Khaironizam Bin Ishak

Unit Pengakap Kanak-kanak

Encik Ekbert Yong Yen Loong

Tugas-tugas Khas 1

Puan Khairun Nisak Binti Hashim

Tugas-tugas Khas 2



Hubungi Kami

Dapatkan maklumat terkini daripada PPM Daerah Petaling melalui Facebook kami. Anda juga boleh mendapatkan info aktiviti-aktiviti daerah, bertanya soalan melalui Send Message dan melihat gambar-gambar aktiviti kami!

  PPM DAERAH PETALING